Monday, July 20, 2009

masjid kg hulu melaka


MASJID KAMPUNG HULU
Gambar : Masjid Kampung Hulu
Nama : Masjid Kampung Hulu
Lokasi : Jalan Kg. Hulu, Melaka Tengah, Melaka
No. Lot :
Hakmilik Bangunan / Tanah :
Tahun Dibina : 1728

Latar Belakang Sejarah : Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu di Melaka adalah di antara masjid paling tua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini dibina oleh oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (singkatannya V.O.C.). Masjid ini dibina adalah kesan daripada perubahan dasar oleh pemerintah Belanda, yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Pemerintah Belanda telah menugaskan Kapitan untuk mengetuai penduduk tempatan dalam pembinaan tempat ibadat mereka, Dato' Samsuddin Bin Arom, seorang pendatang dari China yang telah memeluk Islam, ditugaskan pemerintah Belanda untuk membina Masjid Kampung Hulu. Binaan asal kemudiannya diperbaiki oleh Sheikh Al Omar bin Hussain Al-Attas.
Penjajah Belanda juga menggalakkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, dan ciri-ciri senireka masjid dari tanah Jawa telah dimasukkan di dalam senireka Masjid Kampung Hulu. Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti `iman manusia kepada tuhan, lapisan kedua, `hubungan manusia dengan manusia dan ketiga membawa maksud `alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta. Masjid Kampung Hulu tidak dibuat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa, sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.
Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat

No comments:

Post a Comment

Post a Comment